Berita terkini

Planet terbaru dijumpai berdekatan dengan system Suria Sekumpulan ahli astronomi telah melaporkan tentang penemuan planet baru iaitu GJ 1214b - mungkin boleh dihuni oleh manusia - berhampiran dengan sistem suria, Jeff Manber seorang usahawan angkasa mengatakan mengapa beliau berpendapat penemuan ini sangat menarik. "Planet ini berhampiran - iaitu sejauh 40 tahun cahaya. Tidak begitu panas - 400 darjah - dan ia mempunyai air, dan nampaknya mempunyai atmosfera, "ujar Manber. Selain itu, beliau menambah, "ini adalah projek bajet rendah, namanya MEarth. Ini bukan sesuatu yang dilakukan oleh NASA, bukan projek multi-bilion dollar. Hanya dalam masa singkat, dengan menggunakan teleskop kecil, mereka menemui sebuah planet yang kelihatannya seperti boleh menyokong beberapa bentuk kehidupan. " Ukuran planet GJ 1214b hanya sekitar 2.7 kali ukuran Planet Bumi dengan massa kira-kira 6.5 kali lebih berat dari Bumi. Ahli astronomi temui planet asing tanpa sistem suria Sebuah eksoplanet yang bebas terapung dan hanyut melalui ruang antara bintang tanpa bintang induk untuk diorbit telah ditemui seratus tahun cahaya dari Bumi. Jika disahkan, ia akan menjadi yang pertama seumpamanya terbukti wujud - dan mungkin terdapat berbilion-bilion yang sepertinya di luar sana.
Gambaran artis menunjukkan planet asing yang dinamakan CFBDSIR2149, menyerlah dengan haba dalamannya sendiri yang terhasil dari pembentukkannya berjuta-juta tahun yang lalu. Imej : ESO / L. Calcada / P. Delorme / Nick Risinger / R. Salto / VVV Consortium. Objek yang dinamakan CFBDSIR2149, telah ditemui oleh Teleskop Kanada-Perancis-Hawaii di Mauna Kea dan merupakan sebahagian daripada kumpulan bergerak Doradus AB, yang merupakan satu kelompok dengan kira-kira tiga dozen bintang-bintang yang membentuk bersama dan kini bergerak longgar melalui ruang angkasa secara serentak. Walaupun calon planet asing telah ditemui sebelum ini, adalah mustahil untuk menentukan umur mereka dengan tepat, terutama sekali di dalam menentukan jisim mereka. Oleh itu, adalah tidak pasti sama ada mereka boleh dikelaskan sebagai planet atau sebagai kerdil perang yang kecil iaitu bintang gagal dengan jisim antara 13 dan 80 kali planet Musytari, menjadikan mereka tidak dapat mencapai suhu yang cukup panas di teras mereka untuk menyalakan pelakuran atom hidrogen. Planet-planet dan kerdil perang memulakan hidup panas dan beransur-ansur sejuk dengan usiapada satu kadar bergantung pada jisim mereka, di mana jisim dan umur mereka menentukan kilauanmereka. "Satu objek yang cerah mungkin boleh jadi muda dan mempunyai jisim rendah, atau tua dan sangat besar dan semuanya adalah antara kombinasi umur dan jisim” kata Philippe Delorme dari Institut de Planetologie et d'astrophysique de Grenoble, Perancis, yang mengetuai penemuan itu. Mujurlah kita mengetahui bahawa umur bintang dalam kumpulan AB Doradus adalah antara 20-200 juta tahun, yang membolehkan pasukan Delorme untuk meletakkan kekangan pada ciri-ciri CFBDSIR2149. Mengetahui umur, jarak dan kilauan mutlaknya, pasukan Delorme telah mengira jisim objek asing itu sebagai antara empat dan tujuh kali jisim Musytari. Ini adalah terlalu kecil untuk menjadi kerdil perang dan takrifan yang masuk akal baginya ialah ia merupakan sebuah planet gergasi gas. Soal penting berikutnya ialah bagaimana ianya berada di luar sana? Sesetengah model pembentukan bintang mencadangkan bahawa objek berjisim planet boleh terpeluwap secara langsung daripada awan gas bintang pra – lahir seperti kebolehan bintang tetap. Selain itu, CFBDSIR2149 mungkin telah dibuang dari sistem planet sekitar salah satu bintang kumpulan Doradus AB berikutan interaksi dan gangguan graviti oleh adik-beradik planet yang lain.

2 ulasan: